Ahad, April 07, 2013

Dunia Blogging

Aku rasa dah lama aku tinggalkan dunia blogging ni. Semenjak wujudnya facebook, twitter dan instagram. Mungkin kerana penyampaiannya lebih berbeza dan menarik. Sebab di facebook tak perlu tulis panjang berjela cam kat blog. Cukup sekadar luahkan saja perasaan tu. Tak perlu rungkai panjang lebar.

Dari dunia blogging lah aku kenal ramai kawan dan ada yang masih berkawan sehingga kini. Banyak pengalaman dan kenangan yg pernah aku alami. Gembira dan sedih.

Hari ni tah apa mimpi aku, terdetik dalam hati nak menulis semula dalam blog. Mungkin serba sedikit aku boleh meluah isi hati aku dalam blog ni. Kalau di facebook mungkin terlalu terbuka. Kebanyakan kawan aku di facebook tak tau tentang blog aku.

Mungkin cara ini buat aku lebih lega..

Selasa, Julai 10, 2012

Tiada entry.

Dah lama rasanya x update entry dalam blog ni. Kawan kawan pun sudah melupakan aku. Apa kan daya. Thehehe..


Selasa, September 20, 2011

Pindah sementara..

Buat masa sekarang aku ada kat www.sodep.tumblr.com

Jadi korang rerajin lah jenguk aku kat sana ek sebab kat opis x boleh bukak blogger.com jadi kurang best lah. Jadi sila lah jengok selalu ek..

Papai guys.

Ahad, Ogos 21, 2011

Shasya dah terberanak..

Kelakar lak bila tengok si shasya... terberanak lak dia.. ye lah dia x sedar diri. Badan dah membunting masuk lobanh lobang kecik.. sudahnya terkeluar anak sekor.. nie aku x sabar nak tunggu anak yg lain kuar... banyaknya cucu aku..

Sabtu, Ogos 13, 2011

Sakit..!!

Sakit sangat bila tengok filem heart nie. Aku dapat rasakan semua emosi yg ada dalam filem nie. Sebagai rachel, pasti org yg akan merasa sakit derita menanggung perasaan.

Kalau aku berada disituasi dia, x tahulah mampu atau tidak aku menanggung. Mungkin pengalaman hidup aku x sehebat itu. Tapi cukup menyakitkan.

Arghhhh.... Terbawak bawak pulak aku nonton filem nie... Nangis.. (;_;) ..

Sent from my BlackBerry® smartphone

Khamis, Ogos 11, 2011

Aku pun x tau..

Gambar kat atas tu x menggambarkan perasaan aku sekarang pun. Aku sendiri pon x tau kenapa perasaan tu terbit dalam hati aku. Perasaan yg bercampur baur. Dari sedih, risau,, runsing dan x tentu arah.

Aku x suka betol perasaan mcm nie. Cuma aku harapkan xda musibah yang akan berlaku. Istighfar.. Istighfar banyak banyak..

Hari nie aku rasa letih sangat, lesu dan lesi. Semua ada. Baring je sementara menunggu berbuka. Bosan lak aku dak itam xda kat rumah. Dia bukak puasa kat Golden Horses palace kat seri kembangan tu. Pastu dia terus ke kuantan hantar kakak dia. Harap perjalanan dia selamat lepas buka puasa nanti.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Rabu, Ogos 10, 2011

Pedih memang pedih..

Dada aku x boleh di sentuh.. Pedihnya mcm kene tikam. Ini gara gara izu yg menekan kesan membengkak di tengah tengah dada aku nie. Aku ingat cuma ketumbuhan biasa sbb x sakit dan xda mata mcm jerawat. Lepas di picit keluar isinya berwarna putih mcm jerawat nasik tu.

Aduh pedih mcm kene tikam dada nie. Akibat ketaksubannya terhadap jerawat, izu pon terus memicit. Dah flat dah bonjolan tu tapi bila di picit memang x habis habis. Aku pon menahan sakit buat muka selambe. Padahal cam nak tembus dada aku.

Skarang aku tengah nanggung sakit nie.. Melecet agaknya kulit dada nie. Harap esok ok mcm biasa. Jangan la bengkak lagi. Malam nie cadang nak tido awal. Semenjak bulan puasa nie makin lewat aku tido. Bila sampai opis mata dah mula sepet mcm garfield.. Tinggal satu garis melintang je macam nie (-_-)

Ok lah.. Sambil menahan rasa pedih aku pun terus mempublish entry ini menggunakan blackberry ini. Lebih mudah dan ringan berbanding galaxy tab itu... Wasallam...

Sent from my BlackBerry® smartphone

botok botok

Uwaaaaa.... sis lin kejam... apa pon atas entry botok botok tu. Sekurang kurangnya saya dapat lihat bagaimana rupa botok botok. Memang rugi saya x dapat merasa botok botok tu. Sangat lazat kelihatannya.

Apa pon kalau ada masa terluang boleh saya mencuba. Kalau korang nak cuba botok botok korang boleh klik link nie kat sini . Aku taip blog nie pakai android jadi aku x boleh nak letak link kat text.. tu yg panjang lebar link.

Apa pon terima kasih sbb sis lin berusaha untuk mendapatkan botok botok walau tak berjaya. Nanti kita cari lagi ye sis... lapo lapo lapo... terlampau menarik pic tu.
Published with Blogger-droid v1.6.7

terpenjara...

Aduh.. pedih pulak perut aku hr nie.. dah sepuluh hari kita berpuasa. Setakat ini aku x gagal lagi untuk bersahur. Thehehe...

Syukur kerana tahun nie ada gak bantuan perayaan yg kerajaan bagi aka bonus sebanyak separuh gaji tu. Walau pun sikit namjn tetap membantu. Kalau ikutkan memang x puas hati dengan jumlah tu. Iyalah... yg bergaji besar maka besarlah jumlah yg mereka dapat. Yg kerajaan patut bantu org yg berpendapatan rendah.. bukan org yg sediaada kaya itu. Haih..

Niat hati nak berbelanja tu memang terpaksa di kuburkan.. cuba untuk beli barang penting aje. Pakaian bapak aku harus aku utamakan dulu. Kueh raya pon aku kene beli dan juadah utama waktu raya nanti. Baju raya aku..... memang x berganti. Xda mood nak raya.

Apa pon tajuk dan gambar entry ini adalah tidak berkaitan lansung dengan entry ini. Ia adalah cerita merapu meraban otak aku yg terkadang memerlukan tempat untuk meluahkan isi hati. Selamat merapu...

*ikan tenggiri yg di kukus di dalam daun bersama ulam ulaman itu di panggil botok botok ye, bukan kotok kotok atau kotak kotak. Sekian..
Published with Blogger-droid v1.6.7

Selasa, Ogos 09, 2011

Semalam yang hangat

aku takda dalam pic nie sbb aku yang snap pic ni.

Masih terkenang lagi kenangan yang lepas, dah lama aku tak join geng kamie. Harap 2 tahun sekali baru muncul. thehehehe.... bukan apa.. dengan kesibukan aku nie, jadi membataskan peluang aku untuk bersama sama diorg.

Terima kasih kepada Izzu sebab sanggup menjadi peneman aku. Sudi ikut aku ke JB untuk mengikut aktiviti yang telah di rancang oleh geng WWW.MSJBOX.COM . Penat dia drive waktu pegi dan balik.

Apa pun aktiviti berbuka memang berjalan dengan lancar. Aku dengan izzu tak berbaju melayu sebab segan. Kalau tak mesti aku boleh jejak kaki ke Singapura sebab pasport kitorang ada dalam lipatan baju melayu. Peluang kali nie melepas sebab pasport tertinggal.

Majlis berbuka puasa berlansung dengan lancar. Puas gak makan di situ walaupun makanannya alakadar je. Sesuai la dengan bajet nya.. Korang bacalah entry shai ni. Klik di sini atau entry Sis Lin di sini . Selesai acara .. kitorang di bawak ke rumah sis moralle. Diorang nie warga singapura yang menetap di jb. Kondo diorang terletak berhampiran ngan tune hotel JB. Sambil diorang membuat suprise untuk birthday Ammar, anak kasawari. Korang boleh baca di sini atau sini . 


Keesok hari nya kami jalan jalan sekitar JB. Sis Lin bawa kami ke Iskandar dan ternyata permandangan di sana sangat indah. Putrajaya versi JB. Antara foto yang ada korang boleh  tengok di sini dan sini  . 


terima kasih sis lin sebab sentiasa menjadi hos untuk kami. Tak pernah jemu untuk kami.

Kami berbuka puasa di rumah Sis Lin dan kami mula bergerak ke KL pada jam 8.30 malam, Shai dan Kak Retna ikut sekali dan kami selamat sampai ke rumah pada jam 1.30 pagi selepas menghantar shai dan kak retna ke rumah. Aku sangat puas dengan perjalanan ni. Dan aku berharap aku dapat join lagi. Bukan dua tahun sekali. Fuh.... Sempuuuttt.....