Sebelum tu aku nak tanya, apa masalahnya kalau aku pakai spek mata ni. Dalam facebook semua mengkeji aku pakai spek nie. Spek ni milik odi.
Sepanjang hari aku dok rumah aje. Tak kemana pon, cuma rehatkan badan dan kepala otak.
Menjelang maghrib aku ke rumah ajoi bersama izu dan wafi. Hari ini ada kenduri arwah yang ke 40 hari pemergian allahyarham bushairy. Al fatihah..
Alhamdulillah ramai yang membantu dan ramai jugak tetamu yang hadir. Makanan sangat superb. Taniah warga puncak jalil berjaya menjalankan majlis dengan sempurna.
Aku balik lebih awal, cadangnya nak ke downtown cheras. Nak beli casing BB aku nie. Yang transparent tu dah jadi kuning sebab tangan aku makan makanan berkunyit slalu. Jadi aku beli yang berwarna, jadi ,xdalah comot sangat.
Jalan punya jalan aku singgah gerai novel. Nampak lak buku baru ramlee awang murshid, tak ckp apa terus aku bayar. Walau tengah sengkek tak berduit nie. Cinta sufi.. Aku sangat meminati tulisan RAM.
selepas tu aku pusing pusing kl. Takda apa yang menarik malam minggu melainkan jem. Jadi aku ambik keputusan untuk balik je. Sebelom tido nie sempat aku mengapdet blog kerana sangat mudah. Tidak perlu membuka laptop. Ahhh.. Segalanya di hujung jari je kan. Salam satu malaysia semua... Daaahhhh...
Sent from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan