Aku rasa dah lama aku tinggalkan dunia blogging ni. Semenjak wujudnya facebook, twitter dan instagram. Mungkin kerana penyampaiannya lebih berbeza dan menarik. Sebab di facebook tak perlu tulis panjang berjela cam kat blog. Cukup sekadar luahkan saja perasaan tu. Tak perlu rungkai panjang lebar.
Dari dunia blogging lah aku kenal ramai kawan dan ada yang masih berkawan sehingga kini. Banyak pengalaman dan kenangan yg pernah aku alami. Gembira dan sedih.
Hari ni tah apa mimpi aku, terdetik dalam hati nak menulis semula dalam blog. Mungkin serba sedikit aku boleh meluah isi hati aku dalam blog ni. Kalau di facebook mungkin terlalu terbuka. Kebanyakan kawan aku di facebook tak tau tentang blog aku.
Mungkin cara ini buat aku lebih lega..