Isnin, Mac 28, 2011

10 Situasi Yang Wanita Harus Fahami Tentang LELAKI


Aku dapat artikel nie dalam email, penting jugak kalau aku kongsi dengan korang. Yelah.. bukan senang jugak nak memahami lelaki walau pon korang nampak jiwa dia simple aje. Apa pon selamat memahami... 
  1. Bila si dia sibuk........ Jangan pulak terhegeh-hegeh m intak si dia menjemput kamu kat tempat kerja ataupun suruh die teman kamu pergi membeli-belah. Nanti kamu di katakan sebagai penyibuk pulak. kan dah lain jadiknyer...
  2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoannya lebih-lebih lagi egonya tengah menguasai dirinya. Lelaki yg macamni mmg susah nak mengaku yang dirinya ego, sebaliknya berpendapat yang dirinyer tegas.
  3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin , bawah payung...sambil mengenangkan saat-saat manis pertemuan pertama kamu berdua dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama. Bile mau tunang ka, kawin ka..? heh.heh..
  4. Bila si dia panas baran........ Jgn buat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi  api kemarahannya. Cuba berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.
  5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh-temeh. Seperti selipar putus ker, aper2lah... Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn pakse dia buat sesuatu yg boleh menambah kepenatannya.
  6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa t ak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertolak ansur antara satu sama lain.
  7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri pulak. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.
  8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya , buat lawak bodo ker.. Orang yg selamba ni selalunya ingin kita yg mulakan dulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.
  9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia kenapa die curang. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum die meninggalkan kamu.. lagi parah...adeii
  10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

Sabtu, Mac 26, 2011

Dedi rindu kamu semua..

Rindu sangat kat daniel dan azam...

Sent from my BlackBerry® smartphone

Khamis, Mac 24, 2011

Dia Misha

Semalam lepas waktu kerja, terus aku ke maju junction untuk cari album baru Misha. Banyak komen yg aku dengar dr internet menyatakan ada lagu best. Akhirnya aku berjaya mendapatkan album itu di kedai cd di maju junction. Aku sambar dengan cd karaoke skali. Adalah diskaun sikit abang tu bagi.

Lagu yg paling best adalah detik antara waktu. Memang meruntun jiwa... Aku dengar berulang2 lagu nie. Tanpa jemu.

Kalau korang nak dengar silalah dptkan album nie di kedai cd yg terdekat dengan rumah anda..

Sent from my BlackBerry® smartphone

Detik Antara Waktu


Berlinangan air mata
Bibir membisik angin mendayu
Dalam hati tanda tanya
Mengapa diri ku

Terketar-ketar terhayun jiwa
Menghadap detik antara waktu
Bila duka kini bertukar
Jadi cinta yang membawa ku

Seharus sutera cinta mu
Bisa melenyapkan kesan parut luka
Oh kasihku oh sayang ku

Harusnya aku mencintai mu
Setiap kali ku terdengarkan nama mu
Harusnya aku mendekati mu
Setiap kali ku terbayangkan wajah mu

Cinta kita tak akan tersisih
Dari apa yang telah ditentukan takdir
Oohhh

Harusnya aku mencintai mu
Setiap kali ku terdengarkan nama mu
Harusnya aku mendekati mu
Setiap kali ku terbayangkan wajah mu

Aku kan selalu menyayangi mu
Walaupun ku harus meniti detik antara waktu
Oohhh

Menantikan detik antara waktu

Lagu & lirik: kuncidemak ( Rudi Muhammad )
(Onyx Garland Sdn Bhd)

Selasa, Mac 22, 2011

Kenangan membahagiakan namun menyakitkan..

Panjang tajuk entry, tetapi sebenarnya itu lah yang berlaku realitinya. Bila aku tonton balik vcd lama yg pernah aku beli lebih sepuluh tahun kebelakang, benar2 buat aku gembira mengimbau kenangan silam. Saat semuanya bahagia.. Aku senang sangat dengan kenangan itu.. Tetapi bila terkenangkan apa yang berlaku sekarang.. Buat aku merasa sakit dan rindu sangat satu masa lalu.

Aku rindukan arwah mak aku. Aku rindukan kebahagiaan keluarga aku satu masa lalu. Tapi bila seseorang hadir. Ia memusnahkan segalanya. Yg penting aku dan adik beradik ku bersatu. Aku x sanggup kehilangan mereka.. Dan ayah aku..

Selama mana semuanya akan kekal.. Aku pun x tau. Banyak perkara yg berlaku dalam hidup aku yg buat aku lemah. Aku berhenti blogging pun sbb aku tak tau apa yg nak di beritakan.. Otak buntu. Sering memikirkan perkara yang kadang kala tak perlu. Aku serahkan kepada tuhan.. Biarkan ia berlalu bersama masa. Aku pasrah.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Mengantok.. Lapor.. Malas..

Buat masa sekarang nie semua tu bergabung menjadi satu.. Perut lapor tapi malas nak keluor. Mata lak jadi layu je dengan cuaca sejuk macam nie.. Aduh.. Mana lebih penting ek.. Tido ke makan???..

Haih.. Aku memilih untuk tido.. Daaah...!!!

Sent from my BlackBerry® smartphone

Isnin, Mac 21, 2011

Alamak!!.. Nampak pusat..

Aku sekarang dalam tren. Dalam perjalanan nak gi lrt sungai besi. Buat masa sekarang ni aku menggunakan bag laptop aku untuk meng'cover' baju aku yang menganga kat pusat nie.. Adeh... Malu dowh..

Nasib ada tshirt dalam beg nie. Boleh tukar dalam kereta jap lagi. Kebetulan lak izu kene gi melaka sekarang nie. Ada emergency kes kat site dia di melaka. Kenalah temankan dia ke sana.

Haih.. X sabar nak tunggu bulan depan, dah tua bangka baru nak belajar bawak kereta.. Malu plak rasanya.. Ok lah.. Nak tutup idong nie.. Sapa lak kentut dalam tren nie.. Haramjadah betol..!!

Sent from my BlackBerry® smartphone

Ahad, Mac 20, 2011

Rindu kampung halaman..

Apa yg buat aku terlalu rindu kampung halaman.. Ini dia.. Permata hati aku. Daniel dan azam si abang dan adik, anak buah aku.

Aku pulang kampung pun terlalu singkat masanya. Rindu aku tak sempat hilang, dah kena balik kl. Azam pon aku x sempat jumpa. Abah dan adik beradik aku semua sihat. Senang hati aku.

Sempat jugak le aku lunch kat rumah makcik aku. Sembang-sembang dgn makcik dan pakcik aku. Suka sangat makcik aku dengan buah tangan yg aku bawak dari krabi.

Terima kasih jugak kat khairul sebab sudi datang luangkan masa lepak dengan aku. Tapi x sangka ada plak sesuatu yg terjadi. Kemalangan tak berbau. Aku mintak maaf khairul. Kalau idak boleh kita karaoke kat telok intan.

Hurmmm... X sabarnya nak tunggu bulan depan.. Sbb aku nak daftar untuk kelas memandu dan dapatkan lesen. Thehehe..

K lah.. Sekian untuk kali nie.. Masa untuk lelapkan mata.. Terima kasih kat izzu untuk kesekian kalinya sbb sudi ikot balik kg dan menjadi driver. Terima kasih daun kesum..!!

Sent from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, Mac 18, 2011

Egg tart.. Yummy!!

Huh.. Puas la hatinya dapat melahap egg tart nya. Macam bertahun tak makan KFC. Aku makan pon main telan aje. Sakit gigi plaq..

Jap lagi dengan baju pejabat nie nak jalan ke downtown lak. Beli kasut ganti kasut yg berlubang tu. Sayang sangat kasut yang berlubang tu. Harap gerimis berhenti.

X sabar nak balik rumah.. Capek deh!! Erm..!! Nak beli apa lagi kat downtown ek..

Sent from my BlackBerry® smartphone

Jerawat pecah

Tetiba kat belakang rasa gatal semacam, aku pon raba-raba lah belakang.. Dan tetiba jerawat aku pun pecah tengah hari tadi. Berdarah baju aku, macam mana nak ilangkan darah kat baju ek.

Sekarang aku masih kat opis lagi. Hari nie ot sampai kui 8. Tak sabar nak balik rumah nie. Malam nie nak bawak dak itam gi makan tat telur kegemaran dia tu.

Ermm... Agak agak boleh tak aku balik sekarang??!!

Sent from my BlackBerry® smartphone

Mesyuarat jam 3 p̶a̶g̶i̶ petang

Laa.. Aku gagahkan jugak bangun pagi-pagi sbb nak kejar meeting. Salah aku jugak sebab x tengok betul-betul surat yang meeting tu jam brapa.

Mata ngantuk gila sekarang ni. Boleh aku lelap sekejap. Malam tadi balik kerja sampai rumah pon dekat kui 1, lepas mandi.. Golek-golek atas katil, tah kui berapa aku tido pon aku tak perasan. Ngantuknya... Krooh.. Krooh..

Sent from my BlackBerry® smartphone

Bola-bola lampu t̶i̶d̶u̶r̶

Masa untuk melelapkan mata, tapi x mahu tidur. Esok aku ada meeting dengan Jabatan Perancang Bandar, tentang operasi yang bakal di ambil berkenaan aduan. Harap tak mengantuk esok.

Ucapkan selamat malam sebelum tidur. Sambil menikmati bola-bola lampu melilit kipas-kipas angin ku.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Khamis, Mac 17, 2011

Makan malam aku

Dah lama x ot sampai tengah malam, makin lama makin lemau. Kenapa tah... Padahal aku memerlukan wang setiap hujung bulan bagi melunaskan hutang-hutang sedia ada.

Hujung tahun nie aku dah beli siap-siap tiket penerbangan ke Kota Kinabalu. Xcited sbb ini kali pertama aku membeli tiket kapal terbang dan of kos la kali pertama aku terbang. Tu yang x sabar tu.

Apa pon aku nekad dan harus kuat bekerja bagi mengumpul duit demi kesenangan aku di masa depan.. Jempot cecah roti kat milo sejuk aku ni ha..

Sent from my BlackBerry® smartphone