Selasa, September 20, 2011

Pindah sementara..

Buat masa sekarang aku ada kat www.sodep.tumblr.com

Jadi korang rerajin lah jenguk aku kat sana ek sebab kat opis x boleh bukak blogger.com jadi kurang best lah. Jadi sila lah jengok selalu ek..

Papai guys.

Ahad, Ogos 21, 2011

Shasya dah terberanak..

Kelakar lak bila tengok si shasya... terberanak lak dia.. ye lah dia x sedar diri. Badan dah membunting masuk lobanh lobang kecik.. sudahnya terkeluar anak sekor.. nie aku x sabar nak tunggu anak yg lain kuar... banyaknya cucu aku..

Sabtu, Ogos 13, 2011

Sakit..!!

Sakit sangat bila tengok filem heart nie. Aku dapat rasakan semua emosi yg ada dalam filem nie. Sebagai rachel, pasti org yg akan merasa sakit derita menanggung perasaan.

Kalau aku berada disituasi dia, x tahulah mampu atau tidak aku menanggung. Mungkin pengalaman hidup aku x sehebat itu. Tapi cukup menyakitkan.

Arghhhh.... Terbawak bawak pulak aku nonton filem nie... Nangis.. (;_;) ..

Sent from my BlackBerry® smartphone

Khamis, Ogos 11, 2011

Aku pun x tau..

Gambar kat atas tu x menggambarkan perasaan aku sekarang pun. Aku sendiri pon x tau kenapa perasaan tu terbit dalam hati aku. Perasaan yg bercampur baur. Dari sedih, risau,, runsing dan x tentu arah.

Aku x suka betol perasaan mcm nie. Cuma aku harapkan xda musibah yang akan berlaku. Istighfar.. Istighfar banyak banyak..

Hari nie aku rasa letih sangat, lesu dan lesi. Semua ada. Baring je sementara menunggu berbuka. Bosan lak aku dak itam xda kat rumah. Dia bukak puasa kat Golden Horses palace kat seri kembangan tu. Pastu dia terus ke kuantan hantar kakak dia. Harap perjalanan dia selamat lepas buka puasa nanti.
Sent from my BlackBerry® smartphone

Rabu, Ogos 10, 2011

Pedih memang pedih..

Dada aku x boleh di sentuh.. Pedihnya mcm kene tikam. Ini gara gara izu yg menekan kesan membengkak di tengah tengah dada aku nie. Aku ingat cuma ketumbuhan biasa sbb x sakit dan xda mata mcm jerawat. Lepas di picit keluar isinya berwarna putih mcm jerawat nasik tu.

Aduh pedih mcm kene tikam dada nie. Akibat ketaksubannya terhadap jerawat, izu pon terus memicit. Dah flat dah bonjolan tu tapi bila di picit memang x habis habis. Aku pon menahan sakit buat muka selambe. Padahal cam nak tembus dada aku.

Skarang aku tengah nanggung sakit nie.. Melecet agaknya kulit dada nie. Harap esok ok mcm biasa. Jangan la bengkak lagi. Malam nie cadang nak tido awal. Semenjak bulan puasa nie makin lewat aku tido. Bila sampai opis mata dah mula sepet mcm garfield.. Tinggal satu garis melintang je macam nie (-_-)

Ok lah.. Sambil menahan rasa pedih aku pun terus mempublish entry ini menggunakan blackberry ini. Lebih mudah dan ringan berbanding galaxy tab itu... Wasallam...

Sent from my BlackBerry® smartphone

botok botok

Uwaaaaa.... sis lin kejam... apa pon atas entry botok botok tu. Sekurang kurangnya saya dapat lihat bagaimana rupa botok botok. Memang rugi saya x dapat merasa botok botok tu. Sangat lazat kelihatannya.

Apa pon kalau ada masa terluang boleh saya mencuba. Kalau korang nak cuba botok botok korang boleh klik link nie kat sini . Aku taip blog nie pakai android jadi aku x boleh nak letak link kat text.. tu yg panjang lebar link.

Apa pon terima kasih sbb sis lin berusaha untuk mendapatkan botok botok walau tak berjaya. Nanti kita cari lagi ye sis... lapo lapo lapo... terlampau menarik pic tu.
Published with Blogger-droid v1.6.7

terpenjara...

Aduh.. pedih pulak perut aku hr nie.. dah sepuluh hari kita berpuasa. Setakat ini aku x gagal lagi untuk bersahur. Thehehe...

Syukur kerana tahun nie ada gak bantuan perayaan yg kerajaan bagi aka bonus sebanyak separuh gaji tu. Walau pun sikit namjn tetap membantu. Kalau ikutkan memang x puas hati dengan jumlah tu. Iyalah... yg bergaji besar maka besarlah jumlah yg mereka dapat. Yg kerajaan patut bantu org yg berpendapatan rendah.. bukan org yg sediaada kaya itu. Haih..

Niat hati nak berbelanja tu memang terpaksa di kuburkan.. cuba untuk beli barang penting aje. Pakaian bapak aku harus aku utamakan dulu. Kueh raya pon aku kene beli dan juadah utama waktu raya nanti. Baju raya aku..... memang x berganti. Xda mood nak raya.

Apa pon tajuk dan gambar entry ini adalah tidak berkaitan lansung dengan entry ini. Ia adalah cerita merapu meraban otak aku yg terkadang memerlukan tempat untuk meluahkan isi hati. Selamat merapu...

*ikan tenggiri yg di kukus di dalam daun bersama ulam ulaman itu di panggil botok botok ye, bukan kotok kotok atau kotak kotak. Sekian..
Published with Blogger-droid v1.6.7

Selasa, Ogos 09, 2011

Semalam yang hangat

aku takda dalam pic nie sbb aku yang snap pic ni.

Masih terkenang lagi kenangan yang lepas, dah lama aku tak join geng kamie. Harap 2 tahun sekali baru muncul. thehehehe.... bukan apa.. dengan kesibukan aku nie, jadi membataskan peluang aku untuk bersama sama diorg.

Terima kasih kepada Izzu sebab sanggup menjadi peneman aku. Sudi ikut aku ke JB untuk mengikut aktiviti yang telah di rancang oleh geng WWW.MSJBOX.COM . Penat dia drive waktu pegi dan balik.

Apa pun aktiviti berbuka memang berjalan dengan lancar. Aku dengan izzu tak berbaju melayu sebab segan. Kalau tak mesti aku boleh jejak kaki ke Singapura sebab pasport kitorang ada dalam lipatan baju melayu. Peluang kali nie melepas sebab pasport tertinggal.

Majlis berbuka puasa berlansung dengan lancar. Puas gak makan di situ walaupun makanannya alakadar je. Sesuai la dengan bajet nya.. Korang bacalah entry shai ni. Klik di sini atau entry Sis Lin di sini . Selesai acara .. kitorang di bawak ke rumah sis moralle. Diorang nie warga singapura yang menetap di jb. Kondo diorang terletak berhampiran ngan tune hotel JB. Sambil diorang membuat suprise untuk birthday Ammar, anak kasawari. Korang boleh baca di sini atau sini . 


Keesok hari nya kami jalan jalan sekitar JB. Sis Lin bawa kami ke Iskandar dan ternyata permandangan di sana sangat indah. Putrajaya versi JB. Antara foto yang ada korang boleh  tengok di sini dan sini  . 


terima kasih sis lin sebab sentiasa menjadi hos untuk kami. Tak pernah jemu untuk kami.

Kami berbuka puasa di rumah Sis Lin dan kami mula bergerak ke KL pada jam 8.30 malam, Shai dan Kak Retna ikut sekali dan kami selamat sampai ke rumah pada jam 1.30 pagi selepas menghantar shai dan kak retna ke rumah. Aku sangat puas dengan perjalanan ni. Dan aku berharap aku dapat join lagi. Bukan dua tahun sekali. Fuh.... Sempuuuttt.....

Selasa, Julai 19, 2011

korang bebetul buat aku menyampah..

Aku bersabar je nie.. tiba masa aku akan meletop jugak.. aku pelik tol dengan bebudak kat opis aku nie. Terutama selemi dengan yuy* yang asik menjerit tu... elok sangat la perangai mcm tu.

Tadi aku ada edit sesuatu dalam fb. Dan tetiba diabrespon dengan memerli2 aku. Aik.. cepat tol sampai ek.. kalah pos laju. Ada penyampai rupanya di kalangan diorang.. tapi pe.. bagus jugak.. akhirnya mesej aku sampai. Aku attack balik penyampai tu kat fb.. tengok aje lah esok... muka masing masing.. virus tetap virus.. kerja nya tetap merosak.. huh... cam sial jew..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Isnin, Julai 18, 2011

kepala berdenyut..

Baring aje nie.. sambil layan tablet nie.. kain x siap basuh lagi.. kalau lah ada mesin yg basuh terus sidai kan bagus. Thehehe... ada kawan mcm dah x kisah aje pada aku.. lantak lah..

Aku malas nak kisah pasal kawan kawan nie.. kadang kadang bawak diri lebih baik. Campor dengan gosip2 yg x perlu nie. Ramai sangat kawan susah. Xda kawan pon susah. Ada depan mata pon yg jauh di cari. Xda yg menarik kot pada aku.. entah lah... ada aku kisah.. thehehe (dalam hati menangis ) ...

Apa pon aku terus dengan cara aku.. musuh jangan di cari...
Published with Blogger-droid v1.7.3

Sabtu, Julai 16, 2011

anak anak yg nakal..

Selama nie dino yang ku panggil dina dan dina ku panggil dino. Hamster aku yg mati hr tu dina.. bukan si dino. Yg buat aku perasan pasal hal tu gara gara malam tadi.

Aku telah mengasingkan sekor syrian spesis bulu tebal tu sbb aku fikir dia sakit. Pastu malam tadi aku rasa kesian pulak sbb dia majn sorang sorang. Jadi aku masukkan balik dia dalam sangkar bersama dengan syrian yg lain..

Masuj je dalam sangkar terus hamster tu terkam si shasya dan aku tengok mcm pelik jew perlakuan si shasya. Dina dok diam dengan kaki terkangkang dan ekor ke atas.

Hamster yg aku asingkan tu terus menerkam dina dan terus....... kitorg terkejut.. rupanya dina tu adalah dino. Mereka mengawan... rupanya selama nie kami tertukar nama sbb x pandai nak bezakan jantina hamster nie.

Apa yg berlaku pagi tadi.. izu kejot aku dr tido sambil cuak menyatakan johan dan shasya takda dalam sangkar. Rupanya diorh berjaya melepaskan diri. Jenuh kami berkejar2 menangkap si dha ekor tu. Nasib baik diorg x kemana mana.. berlegar legar salam rumah aje. Akhirnya lepas bergelut mengejar.. hamster berjaya di letak kembali dalam sangkar.

Sebenarnya seronok bela hamster nie. Ibarat terapi bg aku. Bila balik keje tengah penat aku hadap hamster tu. Gelak sendiri mengadap telatahnya. Terima kasih izzu sebab sudi ikut kerenah aku. X sabar nak beli hamster br.. ganti yg mati hr tu..

Rip dina...
Published with Blogger-droid v1.7.2

Jumaat, Julai 15, 2011

kadang-kadang

Kadang kadang aku rasa sedih sangat. Entahlah.. mungkin jni nasib aku.. aku cuma mintak tolong.

Takpe... insyaallah berkat aku bersabar. Aku akan capai apa hang aku nak.. xkan susahkan org lagi.
Published with Blogger-droid v1.7.2

blogging dengan android

Cobaan sesedap rasa...
Published with Blogger-droid v1.7.2

Jumaat, Mei 20, 2011

sakit gigi campor sakit kepala

Hari nie aku terpaksa ambik EL sebab sakit kepala. Skrg nie pon x hilang lagi nie. Semalam aku menangis2 dalam panggung waktu nonton nurkasih bukan kerana terlampau sedih. Sebab menahan sakit gigi. Citer sebenarnya aku sendiri pon x paham.

Skrg di rumah aku bersama 6 ekor anak aku. Sblm nie cuma ada 4 aje dan malam tadi aku dapatkan 2 ekor lagi jenis yg lain. Jadi skrg dah ada 6 ekor. Seronok layan anak hamster nie. Buat aku tetawa sendiri. Ubat hilangkan stress.

Hari nie dan 2 hr lagi aku nak dok rumah je. Rehat kat rumah. Nak jenjalan pon poket tengah kosong. Kalau ada sesapa yg sudi nak blanja aku makan ke, tengok wayang ke, silakan lah. Thehehehe
Published with Blogger-droid v1.6.9

Isnin, Mac 28, 2011

10 Situasi Yang Wanita Harus Fahami Tentang LELAKI


Aku dapat artikel nie dalam email, penting jugak kalau aku kongsi dengan korang. Yelah.. bukan senang jugak nak memahami lelaki walau pon korang nampak jiwa dia simple aje. Apa pon selamat memahami... 
  1. Bila si dia sibuk........ Jangan pulak terhegeh-hegeh m intak si dia menjemput kamu kat tempat kerja ataupun suruh die teman kamu pergi membeli-belah. Nanti kamu di katakan sebagai penyibuk pulak. kan dah lain jadiknyer...
  2. Bila si dia ego....... Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoannya lebih-lebih lagi egonya tengah menguasai dirinya. Lelaki yg macamni mmg susah nak mengaku yang dirinya ego, sebaliknya berpendapat yang dirinyer tegas.
  3. Bila si dia romantik........ Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin , bawah payung...sambil mengenangkan saat-saat manis pertemuan pertama kamu berdua dan jgn lupa selit sekali perancangan utk masa depan bersama. Bile mau tunang ka, kawin ka..? heh.heh..
  4. Bila si dia panas baran........ Jgn buat sesuatu yg boleh menyemarakkan lagi  api kemarahannya. Cuba berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.
  5. Bila si dia penat....... Jgn mengadu perkara ataupun bercerita ttg hal yg remeh-temeh. Seperti selipar putus ker, aper2lah... Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yg secukupnya dan jgn pakse dia buat sesuatu yg boleh menambah kepenatannya.
  6. Bila si dia pentingkan diri sendiri......... Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa t ak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jgn lupa utk bertolak ansur antara satu sama lain.
  7. Bila si dia mengongkong..... Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri pulak. Utk itu, kamu perlu berkata padanya utk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.
  8. Bila si dia selamba....... Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya , buat lawak bodo ker.. Orang yg selamba ni selalunya ingin kita yg mulakan dulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana utk menarik perhatiannya.
  9. Bila si dia curang..... Jgn tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia kenapa die curang. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum die meninggalkan kamu.. lagi parah...adeii
  10. Bila si dia lurus bendul...... Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat.

Sabtu, Mac 26, 2011

Dedi rindu kamu semua..

Rindu sangat kat daniel dan azam...

Sent from my BlackBerry® smartphone

Khamis, Mac 24, 2011

Dia Misha

Semalam lepas waktu kerja, terus aku ke maju junction untuk cari album baru Misha. Banyak komen yg aku dengar dr internet menyatakan ada lagu best. Akhirnya aku berjaya mendapatkan album itu di kedai cd di maju junction. Aku sambar dengan cd karaoke skali. Adalah diskaun sikit abang tu bagi.

Lagu yg paling best adalah detik antara waktu. Memang meruntun jiwa... Aku dengar berulang2 lagu nie. Tanpa jemu.

Kalau korang nak dengar silalah dptkan album nie di kedai cd yg terdekat dengan rumah anda..

Sent from my BlackBerry® smartphone

Detik Antara Waktu


Berlinangan air mata
Bibir membisik angin mendayu
Dalam hati tanda tanya
Mengapa diri ku

Terketar-ketar terhayun jiwa
Menghadap detik antara waktu
Bila duka kini bertukar
Jadi cinta yang membawa ku

Seharus sutera cinta mu
Bisa melenyapkan kesan parut luka
Oh kasihku oh sayang ku

Harusnya aku mencintai mu
Setiap kali ku terdengarkan nama mu
Harusnya aku mendekati mu
Setiap kali ku terbayangkan wajah mu

Cinta kita tak akan tersisih
Dari apa yang telah ditentukan takdir
Oohhh

Harusnya aku mencintai mu
Setiap kali ku terdengarkan nama mu
Harusnya aku mendekati mu
Setiap kali ku terbayangkan wajah mu

Aku kan selalu menyayangi mu
Walaupun ku harus meniti detik antara waktu
Oohhh

Menantikan detik antara waktu

Lagu & lirik: kuncidemak ( Rudi Muhammad )
(Onyx Garland Sdn Bhd)

Selasa, Mac 22, 2011

Kenangan membahagiakan namun menyakitkan..

Panjang tajuk entry, tetapi sebenarnya itu lah yang berlaku realitinya. Bila aku tonton balik vcd lama yg pernah aku beli lebih sepuluh tahun kebelakang, benar2 buat aku gembira mengimbau kenangan silam. Saat semuanya bahagia.. Aku senang sangat dengan kenangan itu.. Tetapi bila terkenangkan apa yang berlaku sekarang.. Buat aku merasa sakit dan rindu sangat satu masa lalu.

Aku rindukan arwah mak aku. Aku rindukan kebahagiaan keluarga aku satu masa lalu. Tapi bila seseorang hadir. Ia memusnahkan segalanya. Yg penting aku dan adik beradik ku bersatu. Aku x sanggup kehilangan mereka.. Dan ayah aku..

Selama mana semuanya akan kekal.. Aku pun x tau. Banyak perkara yg berlaku dalam hidup aku yg buat aku lemah. Aku berhenti blogging pun sbb aku tak tau apa yg nak di beritakan.. Otak buntu. Sering memikirkan perkara yang kadang kala tak perlu. Aku serahkan kepada tuhan.. Biarkan ia berlalu bersama masa. Aku pasrah.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Mengantok.. Lapor.. Malas..

Buat masa sekarang nie semua tu bergabung menjadi satu.. Perut lapor tapi malas nak keluor. Mata lak jadi layu je dengan cuaca sejuk macam nie.. Aduh.. Mana lebih penting ek.. Tido ke makan???..

Haih.. Aku memilih untuk tido.. Daaah...!!!

Sent from my BlackBerry® smartphone

Isnin, Mac 21, 2011

Alamak!!.. Nampak pusat..

Aku sekarang dalam tren. Dalam perjalanan nak gi lrt sungai besi. Buat masa sekarang ni aku menggunakan bag laptop aku untuk meng'cover' baju aku yang menganga kat pusat nie.. Adeh... Malu dowh..

Nasib ada tshirt dalam beg nie. Boleh tukar dalam kereta jap lagi. Kebetulan lak izu kene gi melaka sekarang nie. Ada emergency kes kat site dia di melaka. Kenalah temankan dia ke sana.

Haih.. X sabar nak tunggu bulan depan, dah tua bangka baru nak belajar bawak kereta.. Malu plak rasanya.. Ok lah.. Nak tutup idong nie.. Sapa lak kentut dalam tren nie.. Haramjadah betol..!!

Sent from my BlackBerry® smartphone

Ahad, Mac 20, 2011

Rindu kampung halaman..

Apa yg buat aku terlalu rindu kampung halaman.. Ini dia.. Permata hati aku. Daniel dan azam si abang dan adik, anak buah aku.

Aku pulang kampung pun terlalu singkat masanya. Rindu aku tak sempat hilang, dah kena balik kl. Azam pon aku x sempat jumpa. Abah dan adik beradik aku semua sihat. Senang hati aku.

Sempat jugak le aku lunch kat rumah makcik aku. Sembang-sembang dgn makcik dan pakcik aku. Suka sangat makcik aku dengan buah tangan yg aku bawak dari krabi.

Terima kasih jugak kat khairul sebab sudi datang luangkan masa lepak dengan aku. Tapi x sangka ada plak sesuatu yg terjadi. Kemalangan tak berbau. Aku mintak maaf khairul. Kalau idak boleh kita karaoke kat telok intan.

Hurmmm... X sabarnya nak tunggu bulan depan.. Sbb aku nak daftar untuk kelas memandu dan dapatkan lesen. Thehehe..

K lah.. Sekian untuk kali nie.. Masa untuk lelapkan mata.. Terima kasih kat izzu untuk kesekian kalinya sbb sudi ikot balik kg dan menjadi driver. Terima kasih daun kesum..!!

Sent from my BlackBerry® smartphone

Jumaat, Mac 18, 2011

Egg tart.. Yummy!!

Huh.. Puas la hatinya dapat melahap egg tart nya. Macam bertahun tak makan KFC. Aku makan pon main telan aje. Sakit gigi plaq..

Jap lagi dengan baju pejabat nie nak jalan ke downtown lak. Beli kasut ganti kasut yg berlubang tu. Sayang sangat kasut yang berlubang tu. Harap gerimis berhenti.

X sabar nak balik rumah.. Capek deh!! Erm..!! Nak beli apa lagi kat downtown ek..

Sent from my BlackBerry® smartphone

Jerawat pecah

Tetiba kat belakang rasa gatal semacam, aku pon raba-raba lah belakang.. Dan tetiba jerawat aku pun pecah tengah hari tadi. Berdarah baju aku, macam mana nak ilangkan darah kat baju ek.

Sekarang aku masih kat opis lagi. Hari nie ot sampai kui 8. Tak sabar nak balik rumah nie. Malam nie nak bawak dak itam gi makan tat telur kegemaran dia tu.

Ermm... Agak agak boleh tak aku balik sekarang??!!

Sent from my BlackBerry® smartphone

Mesyuarat jam 3 p̶a̶g̶i̶ petang

Laa.. Aku gagahkan jugak bangun pagi-pagi sbb nak kejar meeting. Salah aku jugak sebab x tengok betul-betul surat yang meeting tu jam brapa.

Mata ngantuk gila sekarang ni. Boleh aku lelap sekejap. Malam tadi balik kerja sampai rumah pon dekat kui 1, lepas mandi.. Golek-golek atas katil, tah kui berapa aku tido pon aku tak perasan. Ngantuknya... Krooh.. Krooh..

Sent from my BlackBerry® smartphone

Bola-bola lampu t̶i̶d̶u̶r̶

Masa untuk melelapkan mata, tapi x mahu tidur. Esok aku ada meeting dengan Jabatan Perancang Bandar, tentang operasi yang bakal di ambil berkenaan aduan. Harap tak mengantuk esok.

Ucapkan selamat malam sebelum tidur. Sambil menikmati bola-bola lampu melilit kipas-kipas angin ku.

Sent from my BlackBerry® smartphone

Khamis, Mac 17, 2011

Makan malam aku

Dah lama x ot sampai tengah malam, makin lama makin lemau. Kenapa tah... Padahal aku memerlukan wang setiap hujung bulan bagi melunaskan hutang-hutang sedia ada.

Hujung tahun nie aku dah beli siap-siap tiket penerbangan ke Kota Kinabalu. Xcited sbb ini kali pertama aku membeli tiket kapal terbang dan of kos la kali pertama aku terbang. Tu yang x sabar tu.

Apa pon aku nekad dan harus kuat bekerja bagi mengumpul duit demi kesenangan aku di masa depan.. Jempot cecah roti kat milo sejuk aku ni ha..

Sent from my BlackBerry® smartphone